Want your
own Fotopage?






 
ShaQila's FotoPage

By: ShaQila Fauzi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Feb-2008 13:01 Email | Share | Bookmark
Bahaya Botol Plastik Kitar Semula

Quote:
Bahaya Botol Plastik Kitar Semula

Trend penggunaan botol plastik untuk air mineral dan minuman ringan
semakin popular sejak kebelakangan ini. Pelbagai bentuk, rupa dan
warna boleh didapati di pasaran dengan pelbagai jenama.

Menjadi lumrah tabii manusia setelah minuman habis diminum,
botolnya sayang untuk dibuang. Malah digunakan semula untuk
menyimpan air di rumah, sebagai bekal ke pejabat, sekolah dan
juga semasa aktiviti riadah. Memanglah ini merupakan satu tindakan
yang bijak sebagai satu usaha mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

Tetapi Awas! Penggunaan secara berulang kali botol-botol plastik
tersebut boleh membahayakan kesihatan.

Quote:
Di samping pencemaran bakteria,
penggunaan berulang kali dalam tempoh yang lama boleh
menyebabkan berlakunya kebocoran bahan kimia akibat dari botol
yang retak, kemek atau botol yang selalu dicuci. Ini merupakan satu
penyelidikan yang dijalankan oleh graduan Universiti Idaho yang
menunjukkan bahawa menggunakan semula botol plastik yang
diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) boleh
menyebabkan air di dalamnya dicemari bahan-bahan kimia yang
tidak sepatutnya ada dalam air minuman.

Quote:
Oleh itu sebaik-baiknya botol-botol plastik hanya digunakan untuk sekali sahaja bagi mengelak kemudaratan kesihatan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net